Sunday 24 April 2011

Bersediakah aku?

Rona, tadi aku on9 fb... tiba-tiba aku terbaca satu artikel ni... aku terus tergamam... dan takut sgt... bukan kerana aku takut akan kehadirannya tapi aku takut sbb aku tidak bersedia... aku masih jahil dan jugak lalai dgn tanggungjawabku yg sebenarnya..... walaupun dari dulu lagi kita mmg tak tau bila dan bagaimana kehadirannya nanti.... tp kali ini agak berlainan... aku rasa, hiba dan gugup... memandang kepada wajah anak2 dan jugak tentang perancangan kehidupan pada masa akan datang.... macamane dan bagaimana nanti?... anak2 yg masih kecil dan aku jugak masih belum puas bermanja2 dgn mereka dan juga keinginan untuk melihat mereka berjaya.... dewasa kelak....Allahuakbar!!... 


Kisahnye begini....

Ada seorang guru di negara China yang membaca berita di suratkhabar China mengenai seorang bayi yang dilahirkan dengan mulut tertutup rapat. Seolah-olah dijahit la rupa mulut bayi tu. Guru tu adalah kenalan kepada seorang guru di Malaysia. Selepas baca berita tu dia terus email kepada kawannya di Malaysia.

Mengenai bayi tu, doktor berpakat untuk melakukan pembedahan ke atas mulut budak tu supaya normal seperti bayi lain. Selepas selesai membedah mulut dan mulut bayi tu terbuka, doktor yang membedah bayi tu terperanjat. Ada sekeping kertas kecil yang tertulis dalam bahasa Cina ! Doktor tu terus mengeluarkan kertas tu dan membaca tulisan tu. Selepas membaca... doktor dan nurse kat bilik bedah tu jadi hairan..macam mana ada sekeping kertas yang bertulis dalam mulut seorang bayi yang baru lahir dengan keadaan mulut tertutup rapat! Mulut bayi tu hanya boleh dibuka dengan hanya melakukan pembedahan sahaja! Subhanallah Maha Suci Allah!! Memang tak tercapai akal kalau memikirkan kejadian tu.

Kandungan tulisan atas kertas kecil :
"Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"  

Maka terperanjat lah doktor  tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnya tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w,  Allah telah memberikan petunjuk
kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi seperti lelaki kawin sama lelaki.
Begitulah sebaliknya. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Hari kiamat pasti akan berlaku cuma kita tak tahu bila. Rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...  Jadi sama-samalah  kita renungkan bersama sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... untuk menanti ketibaan hari kiamat...

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempa bumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan . Tup..tup..Mexico di landa gempa bumi, tsunami di Indonesia, dan sekarang ni lava gunung merapi meletup memusnahkan hidupan termasuk manusia. Allahuakbar!

Smoga Allah memberikan kepada aku kekuatan dan keimanan yg kuat dari mendengar bisikan2 syaitan yg hanya ingin menyesatkan manusia......

No comments:

Post a Comment